Kecik Tapi Ajaib

Friday, October 21, 2011

Mini Murtabak

Mini Murtabak

Bahan-bahan:

Ayam Dan Daging cincang

2 Biji Kentang (dipotong dadu)

1 Bawang Besar (diracik halus)

4 Bawang Merah/ Kecil (diracik halus)

2 Bawang Putih (diracik halus)

3 sudu cili giling

2 sudu Serbuk kari

Air

Garam Dan Gula

Cara:

1) Panaskan minyak sedikit, masukkan semua bahan yang diracik halus dan cili giling. Selepas itu masukkan serbuk kari.

2) Kemudian masukkan daging dan ayam cincang.

3) Masukkan kentang dan air. Biarkan mendidih dan kentang empuk.

4) Perasakan dengan garam dan gula.

5) Ambil kulit popia dan letakkan inti di tengah lipat bentuk 4segi atau seangkatan nya.

6) Kemudian goreng murtabak mini itu tadi macam goreng martabak besar yang biasa jual kat pasar malam.


No comments:

Post a Comment