Kecik Tapi Ajaib

Thursday, December 23, 2010

Bihun Goreng For Breakfast~very fast

Pagi tadi memandangkan tetamu ada kat umah..x tahu nak buat ape so saye pun tgk kat fridge ada ayam n sayur skit..behon pun ada lagi stock last so goreng je lah.. nak turu pegi beli bf malas..lagipun adik2 alia n sya nak keluar dah jap agi..so senang masak je lah..bukan susah pun.


behon goreng
bahan2:
  • 1 paket behon
  • sdkt isi ayam
  • 2 bj bawang putih
  • 2 sdb cili giling
  • sdkt kicap pekat
  • sdkt sos cili & tomato
  • sdkt sos tiram
  • gula & garam
  • sayur (ikut suka)
cara2:
  • panaskan sdkt minyak masak n tumis bawang putih yang telah diracik halus bersama cili giling.apabila sudah pecah minyak masukkan isi ayam.
  • masukkan sdkt air dan segala mcm sos.perasakan dgn garam & gula.biarkan memdidih sementara.
  • masukkan sayur dan behon serentak.kacau sebati.Siap!!!

Tuesday, December 14, 2010

Ikan Bakar,Air Asam!!!Wallah...

dah lama mengidam nak makan ikan bakar cicah air asam..cakap dgn encik hubby sal nie..dia ckp eh by mengidam ke?x de maknanya saya cakap kat dia..dah lama x makan so teringin lah.. encik hubby terus memuncungkan mulut...hehehe..marah agaknya saya cakap mcm tu..
pas tu g pasar basah kat sek6..1st time g sana,besar jgk n macam2 barang ada yang segar..daging,ayam,sotong,udang,kerang,ikan yang macam2 jenis n saiz..wow..terpegun..rasa mcm kat tok bali plak..tgk punya tgk,tilik punya tilik, pusing punya pusing belilah ikan,sotong,kerang,tembikai,pisang,dan sayur...balik tu baru perasan eh banyak nya beli lauk...hehehe...tadi x perasan beli banyak sbb taksub kan..ni lah dikatakan nafsu membeli..
so bakarlah ikan sardin org sini panggil kalau kat Kelate "ike selaye"...encik hubby tanya nak bakar kat mana nie?arang x de apa x de..saya ckp ala dah ada nie!!!(sambil tunjuk tempat bakar ikan atas dapur gas)...beli bila encik hubby tanya..eh padahal beli dgn dia kat bebas cukai pengkalan kubur hari tu..masa cuti raya tu...apa-apalah encik hubby...

Ikan Bakar
bahan2:
  • ikan
cara:
  1. bersihkan dan bakar. @
  2. kalau nak yang x tawar taruk garam kunyit lah..perap jap n bakar sampai masak.jgn garing sgt..x sedap 6t isi dia.

Penyicah Air Asam
bahan2:
  • air
  • belacan
  • limau nipis
  • cili
  • bawang
  • garam
  • gula
Cara2:
campur semua,gaul sebati...dah siap..

Thursday, December 9, 2010

Sotong Sambal

Bahan2:
  • 7 ekor Sotong (saiz sederhana)
  • 4 biji bawang merah *blend
  • 2 biji bawang putih *blend
  • 10 tangkai lada kering *blend
  • sdkt belacan
  • sdkt air asam jawa
  • Garam & Gula
Cara2:
tumis bahan yang diblend hingga pecah minyak atau naik bau,Masukkan sdkt belacan dan air asam jawa.perasakan dengan garam dan sdkt gula.


sayur campur bersama sotong:
bahan2:sotong 5 ekor
  • bawang putih 2 ulas ditumbuk
  • bawang merah 1 ulas dimayang
  • cili merah 1 btg
  • tomato *i guna sebelah je
  • kubis
  • bunga kubis
  • suhun 50sen
  • gula,garam n perisa
cara2:
bawang putih ditumis bersama bawang merah..naik bau,masukkan cili merah,sotong..bila sotong dah masak,masukkan sayur n suhun..perasakan dengan garam n gula..lastly masuk tomato..DONE it !!

Sunday, December 5, 2010

Sup Ayam

menu semalam..malas sangat nak masak sebenarnya tapi kena masak,so masuk dapur dan terciptalah sup ayamorang malas buat tok encik hubby yang kureng sihat sikit..hehehe..
Bahan2:
  • 1/4 Ayam
  • 4 biji bawang putih
  • sdkt halia* (tumbuk)
  • sup bunjut adabi*(tumbuk)
  • 1 biji ubi kentang
  • 1/2 biji carrot (lobak merah)
  • 1 biji cili besar
  • sdkt Garam
  • daun sup & bawang & limau nipis
Cara2:
renehkan air bersama ayam,bila nampak mendidih sikit masukkan bawang putih & halia yang telah ditumbuk tadi.Biarkan seketika masukkan rempah sup bunjut.bila mendidih buat sekian kalinya masukkan ubi kentang dan carrot.Saya potong kentang kecil2 supaya cepat empuk.kalau suka yang besar,masukkan kentang awal sikit supaya dia empuk.Last sekali perasakan dengan garam.hiasankan dengan hirisan cili besar,daun sup,daun bawang & limau nipis..Siap

Wednesday, December 1, 2010

Ketam Goreng Pedas

menu semalam..pegi pasar malam tgk ketam besar2 ada jual..rasa kecur liur.Encik hubby cakap beli lah by..pk punya pk beli lah..tapi x tau mcm mana nak pilih ketam berisi x reti..ah lantak ah pilih je lah yg berat.amik 3 ekor je coz makan ber2 je kan..harga 3 ekor tu RM14.70..mak oii terkejut klu kt kampung boleh dapat free dah tu..hehehe...kat kampung memang ar encik hubby cakap.

Bahan2:
  • 3 ekor Ketam
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 4 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang putih *
  • 3 sudu cili giling/lada kering kisar *
  • 1 btg serai
  • sdkt belacan*
  • sdkt sos tiram
  • garam & gula
cara2:
Tumis bahan * yang telah di blend hingga garing.kemudian masukkan ketam.tggu ketam keluar air dia tu then masukkan sdkt sos tiram,serai dan bawang besar potong bulat tadi..perasakan dgn garam & gula..siap!!!

Monday, November 29, 2010

terlupa nak post gamba mee goreng..hehe..
gamba gelap coz camera rosak..
tapi leh nampak lagi..

Mee Goreng Basah

Sekarang musim cuti so saya akan jadi suri rumah sepenuh masa..rutin harian saya bangun seawal pukul 5.30am bersiap2 solat n sbgnya..pas tu baru masuk dapur..kejut hubby ,sementara dia mandi n bersiap saya plak berperang dengan sudip n kuali menyiapkan sarapan yang merangkap lunch kepada saya..hehehe..sekali gus..kadang2 hubby bawak bekal ke tempat keja coz saya masak makanan mmg tok lunch..so breakfast dgn roti n air je lah..hari ni breakfast dgn mee goreng basah dgn secawan milo panas.layan je lah resepi yang simple nie..

MEE GORENG BASAH

BAHAN2:

1 Bungkus Mee kuning

Ayam (dipotong Kecil2)

4 Biji Bawang putih

1 sd Cili Giling (lada kering pun boleh,saya pemalas)

Kubis putih

Tomato

Cili besar

Sos cili & tomato,sos tiram,kicap pekat (main agak2 je)

Garam & Gula

CARA2:

Tumis bawang putih dgn cili giling sampai agak garing.pas tu masukkan ayam.nampak agak nak masak tu masukkan air sbb goreng basah kan.pas tu masukkan plak segala jenis sos yang ada tu..bila dah mendidih perasakan dgn menambah gula & garam. Last masukkan mee kuning dan sayur(Kubis putih,tomato,cili besar) Kacau sebati .hidang taruk lah daun sup @ saderi @ bawang sikit..Siap.

New Blog, New Story, New Post

Assalamualaikum..saya Puan Nurul..hehe..mention disitu PUAN ye..nie adalah blog saya yang kedua..yang pertama adalah pamiroundlove..iaitu kisah hidup saya seharian bersama suami,pet’s, dan kawan2..papi(suami) mami(saya) cinta sebulat cinta kami terjadilah pamiroundlove..blog yang kedua saya namakan RoundLove Kitchen’s..means dapur saya. Ianya akan berkisah aktiviti memasak saya bersama dapur saya yang kecil tapi ajaib. Dapur rumah flat so faham2 lah..kecik nya cukup2 bernafas,kalau masuk dua orang,yang ketiga tu harap sabar tunggu sorang kluar..hehehe…

Dapur pun kecik peralatan pun x banyak ah,ada 2 kuali 1 besar 1 kecik, ada 2 periuk 1 besar 1 kecik,1 rice cooker,1 refrigerator, 1 blender,1 kettle,1 toaster, 1 kukusan,1 pembakar ikan tradisional(yang kepit bakar atas api tu), & ada lah pinggan mangkuk,sudu garfu,sudip senduk & bekas2 simple..saya x de oven bcoz x mampu..hehe lagipun klu beli x tahu nak letak kat mana,dah penuh dah dapur (alasan padahal x de duit nak beli)..

Suatu ketika dulu memang saya tak tahu masak langsung..since saya dah kahwin saya mula menyedarkan diri sendiri yang saya nie dah jadi bini orang klu asyik makan telur mata kerbau dgn kicap je boleh suami saya cari tukang masak lain(cari bini lain lah!!!)..pengalaman 1st masak selain telur mata kerbau ialah IKAN GORENG PEDAS!!!hahaha..bila teringat balik memang kelakar giler n menyayat hati..ikan selayang org Kelate kata klu or KL gak ikan sardine 4 ekor tapi x tahu nak bajet mcm mana kuah 1 kuali besar n rasa mcm apa entah..memang mulut saya memang x leh makan n memang m*nt*h lah tapi my husband cakap pandai ayang buat & dia makan dengan bersungguh2..saya sungguh terharu,n rasa bersalah sbb x tau masak.so dari situ saya TENGOK mak mertua,nenek n belajar dari internet psal masak nie..dari situ dapatlah sikit sebanyak kemahiran memasak sihinggalah sekarang sebut aje apa nak makan InsyaAllah saya boleh buat sedap ke tak x tau lah..so terciptalah blog nie untuk saya berkongsi pengalaman saya dgn sape yang sudi menjenguh blog saya nie…