Kecik Tapi Ajaib

Friday, October 21, 2011

Mini Murtabak

Mini Murtabak

Bahan-bahan:

Ayam Dan Daging cincang

2 Biji Kentang (dipotong dadu)

1 Bawang Besar (diracik halus)

4 Bawang Merah/ Kecil (diracik halus)

2 Bawang Putih (diracik halus)

3 sudu cili giling

2 sudu Serbuk kari

Air

Garam Dan Gula

Cara:

1) Panaskan minyak sedikit, masukkan semua bahan yang diracik halus dan cili giling. Selepas itu masukkan serbuk kari.

2) Kemudian masukkan daging dan ayam cincang.

3) Masukkan kentang dan air. Biarkan mendidih dan kentang empuk.

4) Perasakan dengan garam dan gula.

5) Ambil kulit popia dan letakkan inti di tengah lipat bentuk 4segi atau seangkatan nya.

6) Kemudian goreng murtabak mini itu tadi macam goreng martabak besar yang biasa jual kat pasar malam.


Popia Ayam Goreng

Popia Ayam Goreng

Bahan-bahan:

Isi Ayam (ikut kesukaan nak letak banyak mana)

½ Bawang besar (dihiris dadu)

2 biji Bawang merah/kecik (diracik halus)

Taugeh

Sayur Campur

Kiub ayam

Garam dan gula

Kulit popia

Cara:

1) Panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan bawang besar dan merah.biar layu sedikit masukkan sayur campur.

2) Masukkan kiub ayam. Taugeh. Kemudian rasakan dengan garam yang sikit saja sebab kiub ayam dah masin..taruk gula sikit.

3) Dah biarkan agak kering di atas dapur.

4) Kemudian lipat kulit popia yang telah diisi dengan intinya tadi. Goreng. Siap.

Cencaru Sambal

Cencaru Sambal

Bahan-bahan:

3 ekor cencaru

1 biji bawang besar(betul besar punya aku guna hehe…)

2 biji bawang putih (kecik pun dah ok)

3 sudu besar cili giling

2 batang serai

Sedikit sos cili & sos tomato

Garam, Gula & Asam keping/asam gelugor

Cara:

1) Goreng ikan cencaru. Dah masak letak kat tepi.

2) Buat sambal plak..tumis bawang besar dan bawang putih yang telah diblenderkan bersama cili giling.

3) Dah pecah minyak masukkan 1 sudu kecil sos cili dan separuh sudu kecil sos tomato. Masukkan serai yang diketuk,asam gelugur,garam dan gula.biar dia pekat sikit.tarraa..dah siap.


Udang Planta

Udang Planta

Bahan-bahan:

½ Kilo udang

Planta

Garam Dan gula

Bawang besar untuk hiasan luaran..hehe..

Cara:

1) Cairkan planta. Kemudian masukkan udang. Hampir nak masak masukkan bawang besar garam dan gula..

2) Dah siap pun…

nie namanya

Cencaru Serai Pedas

Bahan-bahan:

5 ekor ikan cencaru (ikan kulit besi)

4 bawang merah/kecil *

2 bawang putih *

½ bawang besar *

5 batang serai *

10 biji cili padi *

Sedikit Sos Cili & Tomato

Sedikit Sos Tiram

1 biji Limau Kasturi (boleh hilangkan hanyir ikan)

Garam & Gula

( * mayang @ hiris nipis)


Cara :

1) Goreng ikan cencaru yang telah dilumur dengan garam. Masak. Ketepikan

2) Untuk Sos, panaskan minyak dan tumis kesemua bahan bertanda *. Apabila naik bau masukkan sedikit sos cili, tomato dan sos tiram. Masuk kan sedikit air jika terlalu pekat. Nak kuah lebih tambah banyak air. Dah masak siram atas ikan yang telah digoreng tadi.


3) dah siap..boleh lah makan..